Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Nabi saw telah bersabda :

Allah telah berfirman : “Berkata Musa : Wahai Tuhanku ! Siapakah di antara hamba-hambaMu itu yang paling engkau muliakan ? Tuhan menjawab : Orang yang suka memaafkan, padahal dia boleh membalas.” (Riwayat Khara’ithi).


Imam Ahmad meriwayatkan dari Tsauban, bahawa Rasulullah saw bersabda :

“Ada seseorang yang tidak mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukannya. Tiada yang dapat menolak takdir kecuali dosa dan tiada yang dapat menambah usia kecuali kebajikan.” (HR Ahmad).


Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah menyukai akhlak yang mulia dan membenci akhlak yang hina.”

“Bilamana anda mendapat kekuasaan atas lawan anda, ampunilah dia dengan bersyukur kerana telah mempu mengalahkannya.” (Ali bin Abi Thalib r.a).


Rasulullah saw mengunjungi pekuburan syuhada’ pada setiap akhir tahun. Baginda berkata kepada ahli kubur, “Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu atas kesabaranmu. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”


Rasulullah saw bersabda : “Tiada dosa yang paling layak untuk dipercepat penghukumannya oleh Allah di dunia, di samping hukuman yang di simpan bagi pelakunya di akhirat, selain dosa kerana kezaliman dan pemutusan tali silaturrahim.”


Rasulullah saw bersabda : “Setiap manusia di temani malaikat. Jika dia tidur, maka malaikat itu mengambil nyawanya, kemudian mengembalikannya. Jika Allah mengizinkan pencabutan rohnya, maka dia mencabutnya. Jika tidak, maka malaikat mengembalikan rohnya.”

“Yang paling utama ujian baiknya akhlak, ialah : Sabar atas kesakitan dan tahan atas kekasaran orang. Siapa yang mengadu dari buruknya akhlak orang lain, nescaya yang demikian itu, menunjukkan kepada buruk akhlaknya, kerana baiknya akhlak itu, tahan kesakitan.”


Rasulullah saw bersabda : “Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia ! Kerana ia akan mengajarkan ilmu hikmah.”


Rasulullah saw bersabda : “Kaffarah (pembayar hutang dosa) kepada orang yang engkau umpati, ialah, bahawa engkau meminta di ampuni dosanya (engkau membaca istighfar bagi dosanya).”


At-Tabrani meriwayatkan dari Ibnu Abbas ra, bahawa, Rasulullah saw bersabda :

“Apabila kamu mendengar guruh, janganlah menutup telingamu, malah, berzikirlah kepada Allah, kerana guruh itu tidak akan mengenai orang yang sedang berzikir.”


Ma’qil bin Yasar ra berkata, bahawasanya Nabi saw bersabda : Allah swt berfirman : “Wahai anak Adam ! Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nescaya akan Kupenuhi hatimu kekayaan dan Kupenuhi juga kedua tanganmu rezeki. Wahai anak Adam ! Janganlah engkau berjauhan denganKu, nanti akan Kupenuhi hatimu kemiskinan, dan Kupenuhi juga tanganmu dalam kesibukan.” (Riwayat Hakim).

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."


Was-was (bisikan tipudaya Syaitan)

Jika, semasa solat, seseorang berasa was-was (bisikan tipudaya) daripada Syaitan, yang menyebabkan beliau teragak-agak dalam bacaan , yang membuatkan beliau terfikir sesuatu yang buruk dan membuatkan beliau ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat yang sudah ditunaikannya, apakah yang perlu beliau lakukan?

Perkara ini berlaku kepada seorang sahabat Rasulullah (s.a.w) , namanya 'Uthmaan ibn Abi al-'Aas (r.a.). Beliau datang berjumpa Rasulullah (s.a.w) dan mengadu tentangnya: "Syaitan menggangguku didalam solatku, dan menyebabkan aku teragak-agak didalam bacaanku." Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Syaitan itu dipanggil Khanzab. Jika kamu merasa kehadirannya, mintalah perlindungan daripada Allah dan ludah (ludah kering) ke kiri kamu sebanyak 3 kali." Selepas daripada itu 'Uthmaan berkata: "Aku melakukan apa yang Rasulullah (s.a.w) suruh dan Allah telah menjauhkan dia (syaitan) daripada aku." (Saheeh Muslim, no. 2203).

Hadith ini menyatakan 2 cara untuk menghalau syaitan yang cuba mengganggu didalam solat. Cara yang pertama ialah dengan meminta perlindungan kepada Allah daripada kejahatan syaitan (a'udzubillahi minas syaithaanirrajiim) , walaupun dengan mengucapkan perkataan ini semasa solat - perbuatan ini tidak menyalahi apa-apa dalam solat. Cara yang kedua ialah dengan meludah (ludah kering) ke kiri sebanyak 3 kali. Ini bermakna menghembuskan angin yang menyerupai perbuatan meludah tetapi dengan hanya sedikit air liur, selagi ianya tidak mengganggu orang di sebelahnya ataupun mengotorkan masjid.


Terlepas waktu asar dan tiba di masjid bila solat maghrib telah bermula

Jika seseorang terlepas waktu asar dan tiba di masjid bila solat maghrib telah bermula, apakah yang patut beliau lakukan?

Shaykh al-Islam Ibn Taymiyah (rahimahullah) berkata: Beliau perlu solat maghrib bersama imam, kemudian solat asar, sepertimana yang dipersetujui oleh kesemua ulamak muktabar. Persoalan tentang samada beliau perlu mengulangi solat maghribnya itu, terdapat dua pendapat. Pendapat pertama ialah beliau perlu mengulanginya; ini adalah pendapat Ibn 'Umar, Maalik , Abu Haneefah dan pendapat masyur Imam Ahmad. Pendapat kedua ialah beliau tidak perlu mengulangi solatnya tadi; ini adalah pendapat Ibn 'Abbaas dan al-Shaafi'i, dan juga pendapat kedua Imam Ahmad. Pendapat kedua adalah lebih sesuai, kerana Allah tidak mewajibkan seseorang itu mengerjakan solat dua kali walaupun beliau sangat takut pada Allah. Dan Allah Maha Mengetahui. (Majmoo' Fataawa Ibn Taymiyah, 22/106).


Ada ketukan di pintu semasa seseorang sedang solat atau seorang ibu terlihat anaknya melakukan sesuatu yang merbahaya

Jika ada ketukan di pintu semasa seseorang sedang solat atau seorang ibu terlihat anak kecilnya bermain dengan sesuatu yang boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau seumpamanya yang merbahaya , apakah yang perlu dilakukannya?

Jika seseorang yang sedang solat perlu melakukan pergerakan yang ringan, seperti membuka pintu, adalah tidak menjadi kesalahan, selagi beliau sentiasa menghadap ke kiblat.

Dalil tentang perkara ini ialah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawood daripada 'Aa'ishah (r.a) yang berkata: " Suatu ketika Rasulullah (s.a.w) bersolat dengan pintu tertutup. Saya balik dan memintanya membukakan pintu, maka baginda pun datang dan membuka pintu itu untuk saya, kemudian baginda kembali semula ketempat solatnya " Periwayat hadith ini ada menyebut bahawa pintu tersebut adalah terletak di arah kiblat. (Sunan Abi Dawood, no. 922; Saheeh Sunan Abi Dawood, 815).

Sama juga keadaannya jika seorang ibu sedang solat dan perlu mengalihkan anak kecilnya daripada sesuatu yang merbahaya atau yang boleh menyebabkan kecederaan atau sebagainya. Maka pergerakan yang ringan seperti ke kanan, ke kiri, ke hadapan atau ke belakang tidak merosakkan solatnya. Begitu juga jika ridaa' (pakaian sebelah atas spt. kain serban yang di gunakan oleh orang lelaki untuk menutup kepala) seseorang terlucut, beliau boleh mengambilnya, dan jika izaar (kain pelikat) nya longgar, beliau boleh mengetatkannya. Dalam kes tertentu, hukum syariah membolehkan pergerakan yang banyak semasa solat, walaupun ini bermakna beralih daripada arah kiblat, sebagaimana didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah (r.a.): "Rasulullah (s.a.w) bersabda: 'Bunuhlah dua benda hitam walaupun semasa solat iaitu ular dan kalajengking.'" (Sunan Abi Dawood, no. 921; Saheeh Sunan Abi Dawood, 814).




Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."


Assalamu'alaikum wbt...

Pertama sekali pengarang memanjatkan rasa kesyukuran kepada ALLAh swt kerana izin dan rahmatnya pengarang dapat membina blog yang tak seberapa ini..Terima kasih diucapkan kepada penyelia latihan ilmiah ini iaitu Dr Hajjah Siti Fatimah M. Yassin dan Dr Saemah Rahman yang memberi peluang kepada pengarang sebagai pelajar dibawah seliaan mereka dan terima kasih juga atas tunjuk ajar atau panduan membina blog ini..Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang memberi tunjuk ajar kepada pengarang semasa proses pembinaan blog ini...Untuk pengetahuan semua, pengarang telah membina beberapa blog lagi sebagai latihan ilmiah yang telah diberikan..Pada laman ini, Pengarang akan berusaha menyampaikan sedikit maklumat, kisah teladan, kisah para nabi, hadith, mutiara kata, dan lain-lain lagi yang berbentuk ilmiah..Pengarang sangat berharap semoga laman ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada para pengunjung laman ini....Amiin. Pengarang akan me'link'kan juga kepada laman-laman yang lain dan tajuk utama yang diseidkana oleh pengarang sendiri... Cukup setakat ini sahaja coretan atau harapan pengarang...